Pembuka Bicara
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam dan makhliuk yang dijadikannya. Rasa syukur yang teramat sangat kepada-Nya di atas segala kurniannya dan juga rezeki yang diberikan tanpa henti. In syaa Allah, TD dan sahabat TD iaitu Khai akan berusaha gigih dalam memastikan segala perancangan kami berbaloi dan mampu memberikan kepuasan kepada anda.
Di awal bicara ini, ingin kami menyusun sepuluh jari terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika ada kiranya kesilapan dan juga kesalahan yang disengajakan atau tanpa disengajakan dari pihak syarikat kepada tuan / puan. Doakan kami berjaya dunia dan akhirat. Tanpa tuan / puan, rasanya kami tidak mampu dan mungkin tidak wujud langsung untuk meneruskan usaha yang telah lama kami rangkakan dalam memenuhi kehendak masyarakat.
In syaa Allah, hasil yang kami perolehi, kami akan salurkan sebahagiannya ke rumah-rumah kebajikan yang selayaknya bagi menampung keperluan dan keberlangsungan hidup mereka. Marilah kita sama-sama menderma dalam sedar atau tidak lantaran dalam rezeki kita ada rezeki orang lain.
Andaikata ada sebarang komentar, cadangan atau sebarang aduan bagi kami berusaha lebih gigih dan berdaya saing di arena ini, sila ajukan ke alamat e-mail syarikat iaitu muaztds@gmail.com. Semua komentar, cadangan dan aduan dari tuan / puan amat-amat dialu-alukan.
Salam Baraqoh dari kami, Mohamad Azlan Bin Ibrahim(TD) dan juga Mustapa Bin Hamidin(Khai).
{Ingatkan Kami}
Usah dilurut daun mempelas,
Kelakkan jari terluka jari;
Jika diturut raasnya malas,
Tentukan diri rugi sendiri.
Apa tersangkut di atas bumbung,
Adalah batu berikat tali;
Jika Diikut Rasanya sombong,
Orang dah tentu tidak peduli.
Pergi menjala si ikan duri,
Dapatlah nanti masakan cuka,
Janganlah pula meninggi diri,
Sudahlah pasti orang tak suka
Salam hormat daripada kami berdua.
MUAZ.

Comments